Tuesday, May 31, 2011

I was born...

Ya, cerita lama yang bagaikan diberi nafas baru! Saya, si dia yang berceritera di alam rahim Ibu kini sudah pun selamat dilahirkan ke dunia ;) Selepas hampir 9 bulan saya dibesarkan, barulah Ibu berkesempatan hendak jenguk dan update blog saya.

Dipendekkan cerita, inilah saya :


Day 1. Berat 3.66 kg. Bolatnyer saya!

Dan, sekarang...



Lihatlah dunia. Sayalah si kacak, 'Lee Min Ho' version Melayu. Hehehe

Saya diberi nama Imran Imtiyaz bin Muhd Ismail. Yang membawa maksud, "Budi Bahasa, Yang Terpilih'. Sedapnyer maksud itu, bukan? Terima kasih Ibu atas pengorbananmu, Abah atas keringatmu menjaga Ibu dan semua atas doa kalian.

Ibu Imtiyaz

Saturday, July 10, 2010

Happy~!

Semalam Ibu dah janji, Ibu nak update blog untuk saya. Katanya kesian, dibiarkan bersawang. Sayang Ibu!Abah? Abah saya sibuk kerja. Tak apa, saya tidak kisah kalau Abah tidak update blog untuk saya sebab saya tahu dia tetap sayang dan ingat saya setiap masa.

Ibu terlebih rajin sekarang. Katanya hendak siapkan banyak perkara sebelum sampainya masa melahirkan saya. Ibu kata, dia panik yang amat. Saya pun dapat rasakan dia panik giler. Tetapi belum tahap teruk lagilah. Dia manage buat satu-persatu. Termasuklah menukar theme blog saya kepada kebiruan ini. Saya suka!.

Ibu semacam fanatik dengan warna biru pula sekarang. Katanya sudah dua orang doktor predicted saya seorang bayi lelaki. Tetapi betulkah? Haha, itu rahsia saya!Tak apa, sudah tidak lama sahaja lagi saya hendak tgk dunia. Semoga ramalan doktor-doktor itu semua tepat. Ibu dan Abah juga sudah memanggil nama saya yang berBINkan nama Abah ;-) Nama saya sangat best, dan sangat2 bermakna. Abah, orang yang paling3 suka dengan nama saya. Ibu yang pilihkan. Sayang Abah dan Ibu.

Kata Ibu lagi, dia sudah tidak sabar menukar nama blog ini kepada nama saya. Apapun, Ibu kena tunggu saya lahir dulu. Barulah dia rasa sedap hati menukarnya. Doa Ibu tidak pernah putus untuk saya. Abah pun. Barang-barang untuk kelahiran saya juga sudah tersedia. Kata Ibu, ada lagi tidak terbeli, especially barang Ibu. Hehehehe. Itu sebab Ibu panik habis. Kelakar sungguh la parents saya ini. Tak apa, saya bayi pertama mereka. Soon kalau ada rezeki mereka, saya punya adik nanti, takdelah sepanik ini kut. ;-).

Baik, saya mahu sign out dulu. Kata Ibu, "It's time to pray and recite.". Baik Ibu!Ikut perintah.



Friday, July 9, 2010

L.A.P.A.N

Jangan tidak percaya. Dalam diam saya tidak bersuara, dalam diam saya sakan menendang dan selesa berada dalam perut Ibu, saya sekarang sudah berusia lapan bulan tau. Huhu. Lapan bulan, bermakna saya ada masa sebulan sahaja lagi untuk melihat Ibu dan Abah, dan juga dunia. Jangan kata anda, Abah saya pun tidak percaya saya membesar secepat ini. Itulah namanya kuasa Tuhan, pembaca semua. Dalam duk Ibu dan Abah membuat persiapan (saya intip dengar sahaja perbualan dan pergerakan mereka), saya di dalam sudahlah selesa, lagi saya menendang-nendang perut Ibu.

Kesian Ibu. Tetapi dia tidak kisah. Sampai dia kata, 'Tendang sahaja sayang, At least Ibu knows you're having fun inside the womb." See. Sporting bukan? Baik. Ibu dah bersemangat hendak membebel pasal persiapan melahirkan saya. Saya tahu dia maha panik sekarang. Tetapi saya yakin, apa yang Ibu hajatkan, saya akan ikut dan lahir dengan selamat dan cukup sifat, Insya-Allah.

Monday, April 5, 2010

Bila Ibu Sakit...

Ramai yang tidak tahu Ibu jatuh sakit 2 minggu lalu. Ibu tidak mahu cerita kat semua orang tentang apa yang berlaku pada Ibu. Sebenarnya saya sendiri tak suka lihat keadaan Ibu. Lemah sahaja. Tetapi Ibu dapat berehat daripada kesibukan kerja. Lama-kelamaan, bila doktor menahan Ibu lebih lama di hospital, Ibu jadi lemah. Saya sendiri kesiankan Ibu.

Apa yang berlaku? Ibu sekarang disahkan diabetic pregnancy. Kandungan gula di dalam badan Ibu agak tinggi semasa pemeriksaan terakhir yang dibuat di KD. Doktor di KD minta Ibu dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Hasilnya, selama 10 hari saya dan Ibu berkampung di hospital, berjauhan dengan Abah. Kesian Abah. Dalam tempoh itu, Abah tidak pernah miss walau sekali melawat saya dan Ibu. Kesian Abah sebab tidurnya, makannya semua dilakukan seorang.

Saya ada dengar Ibu minta sangat2 pada Abah jangan maklumkan pada sesiapa tentang admisson Ibu ke wad. Ibu tak suka orang lain, kawan-kawan atau keluarga datang melihat dia dalam keadaan sakit. Ibu mmg tidak suka. Kesian Ibu, bersungguh-sungguh minta Abah rahsiakan. Tetapi mana boleh Abah rahsiakan daripada Tok Bah and Nenek (Eton) sedangkan rumah pun depan mata sahaja. Nak tak nak, Abah terpaksa beritahu.

Hari Pertama Ibu di dalam wad, Ibu dah rasa bosan. Bosan yang amat sangat. Mujur kawan 1 bay, sama-sama masuk wad semuanya sporting dan ramah belaka. Dalam 1 malam banyak ilmu dan panduan ibu-ibu mengandung yang dapat ibu pelajari. Al-maklum, Ibu baru nak melahirkan saya, anak sulungnya. Padahal pesakit lain sudah beranak pinak. Malu Ibu. Dalam banyak topik yang dibincangkan, Ibu hanya angguk kepala sahaja. Hehehe...Takpe, Ibu gigih belajar. Dalam diam, dalam duk memerhati pun...Ibu pandai belajar.

......

Keadaan tidak sama apabila sudah masuk hari keenam/ketujuh Ibu di wad. Mereka, pesakit yang dimasukkan ke wad silih berganti keluar dan masuk ke dalam bay Ibu. Hanya Ibu yang tidak berganjak. Ibu sudah mula merintih dan menangis sendirian. Masa itu, saya sendiri hilang punca lihat Ibu menangis. Ibu tahu Ibu sakit, tetapi kuat di hati Ibu mengatakan dia sebenarnya tidak layak berada di hospital. Sebolehnya, Ibu hendak keluar dan bekerja macam biasa. Rutin sebagai seorang pesakit pun Ibu sudah lali. Dikejutkan nurses untuk dapatkan bacaan tekanan darah dan gula, injections dan banyak lagi. Sedangkan waktu untuk Ibu meluah rasa pada Abah hanya 3 jam iaitu pada waktu melawat. Selebihnya, tinggal saya dan Ibu sahaja.

Di sebelah malam, Ibu rajin berbisik pada saya....

"Biar Ibu sakit, tetapi baby jangan sakit ya. Ibu nekad hendak lahirkan baby secara normal. Baby tolong ibu sama ya. Ibu kuat, Ibu yakin Ibu boleh melahirkan normal, melainkan kuasa Tuhan yang membataskan semua. Ibu tidak kisah berpantang makan dari sekarang, asalkan baby sihat dan kuat mcm anak-anak yang lain."

Sambil mengatakan ini, Ibu kerap menangis. Besar harapan Ibu terhadap saya. Adakala saya dapat baca naluri hati Ibu. Kata Ibu, ...

"Kejam sungguh pada mana-mana wanita yang buang bayi. Sedangkan bayi yang diaorg buang tu semua sihat-sihat, montel-montel dan cukup sihat. Tidak ada cacat cela."

Betul kata Ibu, kan? Sedangkan Ibu saya perlu bergolak gadai untuk menjaga saya dengan penuh hati-hati, ada pula Ibu-ibu di luar sana (yang mungkin tidak pernah buat medical check-up, tidak pernah tahu isi kandungan perut sihat atau tidak, tidak pernah tahu isi perut itu kembar atau tidak) main pakai buang sahaja anak-anak yang gebu tu. Saya sedih sebab Ibu memberitahu saya ini semua. Kata Ibu, diaorang patut bersyukur dapat melahirkan anak yang sihat. Sedangkan Ibu sendiri tak tahu apa nasib bakal menimpa saya dan Ibu nanti.

Tetapi, sejak saya ditiupkan roh oleh Allah s.w.t, dengan kelebihan ini, saya dapat rasa semua perkara yang terdetik dalam hati Ibu. Walaupun Ibu tahu, Ibu tidak boleh bersedih sebab saya juga turut akan berasa sedih, tetapi saya yakin Ibu cuba sedaya upayanya untuk tidak mengingat perkara-perkara sedih. Ada masa-masa tertentu sahaja Ibu yang mcm touching lebih. Hehehehe....Itulah Ibu saya. Suka lihat orang gembira tetapi TIDAK SUKA orang lain melihat dirinya tidak gembira. Sayang Ibu!

....

Hari ke 10, Ibu akhirnya keluar wad. Orang yang paling3 suka adalah Abah. Akhirnya malam-malam Abah tidak sunyi lagi. Hehe. Tidak perlu peluk bantal peluk sebab saya dan Ibu sudah boleh pulang. Ibu pulang dengan penuh ubat dan gadget2 kesihatan. Semuanya untuk memastikan saya sihat sehingga ke saat kelahiran. Apakah ubat-ubatan dan perasaan Ibu selama 10 hari di dalam wad? Ibu akan cerita dengan panjang lebar lagi di rumahnya, www.abbyhakka.com.

Ini rumah saya, hanya saya yang boleh bercerita. Cuma buat masa sekarang, Ibu dan Abah yang bercerita bagi pihak saya. Thank you, Ibu Abah~

Monday, March 22, 2010

Rawatan....

Sejak usia saya 7 minggu lagi, Ibu sudah ke Klinik Desa Merbau Sempak untuk mendapatkan rawatan ibu mengandung. Kata Ibu, tidak apa kalau saya dibawa walaupun masih awal. Kata Ibu juga, ianya adalah lebih baik untuk Ibu dan saya.

Gigih Ibu ke Klinik membawa saya. Cuti diambil untuk pergi membuat check-ups. Ada masa tekanan darah dan bacaan gula Ibu ok, adakala tidak. Sampailah semalam, Ibu terpaksa ambil cuti 1 hari untuk empat kali berulang-alik ke klinik untuk bacaan gula.

Saya tahu Ibu penat, adakalanya lagi baik saya rasa Ibu berada di pejabat. Duduk dan hanya perah otak sahaja. Tetapi kalau ke Klinik, keluar pula di bawah panas terik, ada masa ditemani Abah, ada masa tidak, saya jadi kasihan lihat Ibu. Kenapa saya dapat rasa kasihan? Sebab saya ada dalam rahim Ibu. Apa yang dia makan, saya makan. Apa yang Ibu rasa, sudah tentu saya dapat rasakan juga.

Sedih camne pun, nanti dia akan bisik pada saya. Asalkan saya lahir sihat, Ibu dah rasa happy. Kata Ibu, dia hargai pengalaman mengandungkan saya. Susah macam mana, sakit perit macam mana pun, Ibu sanggup lalui. Itulah Ibu. Dia lagi suka bercerita dalam blog. Paling tidak dengan Abah. Saya cuma harap, saya lahir sihat dan kuat mcm yang Ibu harapkan. Tak lama Ibu, lagi 5 bulan sahaja lagi.

Dalam keadaan yang pada saya, Ibu mungkin tertekan, Ibu masih gigih kumpul maklumat. Mahu tahu langkah-langkah mengatasi dan kesannya ke atas saya. Paling seronok, saya dapat tahu Ibu sentiasa rujuk pada kawannya tentang pregnancy. Ada kawan Ibu tu, seorang doktor. Ibu tanya macam-macam. Setakat apa yang kawan Ibu tu bagitahu, memang Ibu dengar kata. Khususnya dulu tentang bagaimana untuk mengelakkan keguguran. Alhamdulilah, Ibu sangat berjaga-jaga dan jodoh saya dengan Ibu juga panjang.

Hujung minggu lalu, saya dan Ibu tinggal berdua. Abah tiada, ke Penang melawat atuk-atuk saya di sana. Saya dibawa Ibu berjalan ke Teluk Panglima Garang. Tengok nenek-nenek sebelah Tok Abah. Hehe dah bertaraf nenek semuanya. Sebab saya masih ada moyang. Cool kan? Tak sabar mahu jumpa moyang. Moga panjang umur moyang. Ibu aktif betul di sana. Ligat layan dua pupu saya. Meriah. Bising juga. Sebelah malam pula, Ibu gelisah. Kepanasan. Al-maklum cuaca sekarang, mmg buat Ibu lagi tak selesa. Tetapi tak apa, sebab Ibu berselera tinggal sana. Makanan sedap-sedap. Saya juga dapat rasa. Eh eh, memang sedap!Tak caya tanya Ibu. Hehe...

Ada masa Ibu happy, ada masa Ibu sedih. Semua tu, dapat saya rasakan. Saya yang berada paling dekat dengan Ibu, even Abah pun jauh. Hehehe. Abah, jangan cemburu, okeyh? Maka untuk semua, doakan yang baik-baik sahaja untuk saya dan Ibu. Ibu sudahlah mengandung, memang mudah tersentuh hatinya. Ibu tetap seorang Ibu.

Kalian juga mesti kenal naluri seorang Ibu itu macam mana kan? (^_^)


Saturday, March 20, 2010

Jangan Keliru...

Ohh Ibu kata, jangan keliru dengan gambar bayi dalam kolum About Me tu. Sebabnya itu memang bukan gambar saya. Ibu tidak tahu pun jantina saya lagi. Ibu letak buat hiasan sahaja. Tetapi Ibu tetap pasang harapan saya akan jadi secomel kanak-kanak dalam gambar tu. Hehehe. Baby mana yang tidak comel, tidak gitu Ibu?

Kesian Ibu. Minggu ini dia di rumah berseorangan. Sebab saya. Ibu tidak larat jalan jauh. Malas-malas sahaja. Ibu risau juga dia malas-malas. Sebab Ibu tidak mahu berjangkit ke saya. Ibu cemburu tengok Abah. Sebab kata Ibu, Abah anak yang rajin. Suami yang baik. Baik layan kerenah Ibu dan saya.

Oh ya, saya mahu bagitau semua sehingga umur saya sekarang, Ibu tidak pernah miss beri makan saya asid folik dan B-Complex. Setiap hari Ibu makan. Ibu prihatin dengan ubat-ubat yang dia makan. Ibu tidak mahu miss asid folik sebab asid folik penting untuk pertumbuhan saya. Alhamdulilah, saya membesar, tumbuh seperti perkembangan bayi normal.

Pada ibu-ibu lain, jangan pernah miss juga ya. Makan selepas makan. Asid folik mmg makanan bayi sampai kelahiran. Ingat tu.

13 minggu...

Kata Ibu, tujuan dia membuat blog ini untuk saya bukan untuk hebah 1 dunia yang saya bakal lahir. Atau dalam erti kata lain mahu menunjuk-nunjuk. Ibu bukan begitu orangnya. Kata Ibu, blog ini biar boleh dijadikan rujukan kepada bakal-bakal ibu yang lain. Walaupun Ibu masih muda dan pengetahuan melahirkan anak sulung mungkin Ibu tiada, tetapi sekurang-kurangnya menerusi blog ini, Ibu dapat belajar sesuatu, begitu juga pada pembaca yang membaca blog ini.

Saya lihat Ibu banyak membaca buku tentang pregnancy. Paling Ibu suka, baca blog pasal pregnancy. Berbeza pula dengan Abah. Abah suka betul menonton tgk Discovery Home & Health. Kata Abah, banyak ilmu dan tips boleh dijadikan contoh. Cara macam mana orang di negara luar membesarkan anak-anak mereka. Banyak Abah habiskan masa nonton H&H. Walaupun Ibu kadang-kadang rasa boring, tetapi Abah tidak pernah rasa bosan.

Ibu dan Abah banyak mempersiapkan diri diaorang untuk kelahiran saya. Buat masa sekarang, mereka lebihkan ilmu dahulu. Berbelanja belum masanya lagi. Kata nenek, jangan membeli apa-apa dulu. Masih terlalu awal. Ibu dan Abah pun tidak lah membeli apa-apa lagi. Buat masa sekarang pun, saya selalu buat Ibu muntah-muntah. Ibu masih tidak berselera makan kalau lihat makanan-makanan tertentu. Cerewet Ibu sekarang adalah disebabkan saya. Harap Ibu cepat-cepat baik dan saya juga cepat-cepat besar.

Mahu tengok saya di usia 13 minggu. Nah.

Saya dah kelihatan agak sempurna. Saya sudah punya kaki dan tangan. Rupa bentuk juga sudah ada. Tetapi jantina saya? Hehehe. Rahsia besar. Saya tahu ramai dah meramal macam-macam tentang saya. Ibu saya masih gila-gila, aktif buat kerja itu ini sampai saya jadi kasihan tengok Ibu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Bila malam, saya pula yang aktif. Memang kasihan tengok Ibu. Bersungguh tidur. Siang penat bekerja, malam pula tidak selesa dek disebabkan kedudukan saya.

Tidak apa, Ibu. Saya janji membesar dengan sihat dan bijak seperti yang Ibu harapkan. Bila dengar Ibu menangis, sedih lagi buat saya sedih. Tetapi 1 perkara tentang Ibu, dia akan cepat-cepat bangkit dari rasa sedih dia. Saya sayang Ibu. Tidak sabar rasanya hendak lihat kedua orang tua saya. Abah, walau jarang-jarang dapat bercakap dengan saya, tetapi kata Ibu, Abah kerja kuat. Ohh..cepatlah masa berjalan supaya saya dapat beri kegembiraan pada Ibu dan Abah. Doakan saya.